Pilihan raya negeri Johor 2018

Pilihan raya negeri Johor 2018

← 2013 9 Mei 2018 2022 →

Semua 56 kerusi dalam Dewan Negeri Johor
29 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
 
Pemimpin Muhyiddin Yassin Khaled Nordin Abdullah Husin
Parti BERSATU UMNO PAS
Gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional Gagasan Sejahtera
Pemimpin sejak 7 Januari 2018 14 Mei 2013 1 Mei 2017
Kerusi pemimpin Gambir Permas
(tewas)
Puteri Wangsa
(tewas)
Pilihan raya
lepas
14 kerusi , 24.38%
(Pakatan Rakyat)
38 kerusi, 53.99% 4 kerusi , 21.41%
(Pakatan Rakyat)
Kerusi sebelum 16 37 3
Kerusi yang
diperlukan
13 26
Kerusi yang
dimenangi
36 19 1
Perubahan kerusi 20 18 2
Undian popular 803,148 582,265 118,582
Peratusan 53.36% 38.68% 7.88%
Peralihan undi 28.98% 15.31% 13.53%


Kerajaan: Pakatan Harapan:      DAP      BERSATU      AMANAH      PKR

Pembangkang: Barisan Nasional:      UMNO      MIC dan Gagasan Sejahtera:      PAS

Menteri Besar sebelum pilihan raya

Mohamed Khaled Nordin
Barisan Nasional

Terpilih

Osman Sapian
Pakatan Harapan

Pilihan raya negeri Johor 2018 telah diadakan pada 9 Mei 2018. Pilihan raya negeri sebelum ini telah diadakan pada 5 Mei 2013. Ahli Dewan Negeri Johor dipilih setiap 5 tahun bagi satu-satu penggal.

Dewan Negeri Johor akan terbubar secara automatik pada 20 Jun 2018, pada ulang tahun ke-5 persidangannya yang pertama, pilihan raya mesti dibuat dalam tempoh enam puluh hari (dua bulan) selepas pembubaran (pada atau sebelum 20 Ogos 2018, dengan tarikh perlulah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia), kecuali ia dibubarkan sebelum tarikh berkenaan oleh ketua negeri, Sultan Johor atas nasihat ketua kerajaan negeri, Menteri Besar Johor.

Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin telah menasihatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim untuk membubarkan Dewan Negeri Johor pada 7 April 2018 lalu.[1]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy